Beliau sering menekankan tentang nilai dan kepentingan masa. Adalah satu hari tu pelajar Sains Pertanian (termasuklah saya) lambat masuk ke bengkel sebab waktu KH adalah selepas rehat. So, faham2 jelah. Pastu kitaorang kena sound gile dgn Cikgu Noriyah. Beliau kata waktu rehat adalah waktu untuk rehatkan minda lepas belajar, bukannya berkejaran ke kantin atau koperasi!! Terasalah pulak!! Terguris perasaan ragam dan jiwa gue..
Beliau ckp apabila tiap kali kita diberi peluang, kita haruslah berazam utk buat lebih baik dr yg sebelumnya. Pastu, mesti ada peningkatan dr yg sebelumnya. Lastly, kita haruslah berjuang sehabis-habis usaha untuk CEMERLANG..Bersemangat kami catat apa yg cikgu ckp. Pastu cikgu tanya "Apa itu CEMERLANG?" Sunyi je. Tak de org yg menjawab. Cikgu perli kami."Duduk dalam kelas Beta, tapi tak tahu apa itu CEMERLANG?". Buat malu kami jerk masa tu! Ada yg jawab yg cemerlang tu pandai dalam pelajaran. "SALAH!", balas cikgu. Cikgu hanya geleng kepala dan suruh kami catat yg CEMERLANG bermaksud ada perubahan, ada peningkatan dan ada keinsafan.
Tapi, sekarang Datin Noriyah takde kat SMKDDS!!
Rasa rindu pulak kat beliau. Semoga berjaya pd kawan2 yg telah pun mendpt pengajaran dr Datin Noriyah.^^
No comments:
Post a Comment